Makam Imam Syarafuddin |
Mengenal
al-Busiri Pengarang Kasidah Burdah - Qasidah Burdah dikarang
oleh Imam al-Busiri yang dilahirkan pada tahun 610 Hijrah (1213 Masehi) dan
meninggal dunia pada tahun 695 Hijrah (1296 Masehi). Nama penuhnya ialah
Syarafuddin Abu Abdillah Muhammad bin Zaid al-Busiri. Beliau berketurunan
Barbar, dilahirkan di Dallas (ada menyebutnya sebagai Dalos), Morocco dan
dibesarkan di Busir, Mesir. Dimasa kecil, beliau telah diasuh oleh ayahandanya
sendiri dalam mempelajari al-Quran dan ilmu pengetahuan yang lain. Untuk
memperdalamkan lagi ilmu agama dan kesusasteraan Arab, Imam al-Busiri lalu
berhijrah ke qaherah. Di qaherah, Imam al-Busiri menjadi seorang sasterawan dan
penyair yang ulung. Kemahirannya didalam bidang syair mengatasi para penyair
lain dizamannya. Karya-karya kaligrafinya juga terkenal dengan keindahannya.
Gurunya yang paling utama ialah Abdul Abbas al-Mursi yang merupakan
murid pengasas tariqat Shazili yaitu Imam Abul Hasan as-Shazili.
Melalui gurunya itulah Imam
al-Busiri mengambil ijazah tariqat Shazili. Imam al-Busiri juga bersahabat
baik dengan Imam Ibnu ‘Ataillah al-Iskandari yang mengarang puisi tasawwuf yang
sangat terkenal dalam dunia Islam dan tidak jemu-jemu disyarah sehingga ke hari
ini yaitu kitab al-Hikam.
![]() |
Tempat Wudhu |
Qasidah Burdah mengandungi 160
bait yang ditulis dengan gaya bahasa atau uslub yang menarik, lembut dan
elegan. Imam al-Busiry menerjemahkan kehidupan Nabi Muhammad saw kedalam bentuk
bait-bait puisi yang sangat indah. Dengan bahasa yang sebegitu indah, Imam
al-Busiri telah berhasil menanamkan kecintaan dan kasihnya umat Islam kepada Junjungan
Nabi Besar Nabi Muhammad saw dengan lebih mendalam. Selain dari rasa
kecintaan dan kasih yang mendalam terhadap Nabi saw, nilai-nilai sastera,
sejarah dan moral turut terkandung dalam qasidah tersebut. Oleh itu, tidak
heran apabila qasidah burdah ini selalu dibaca di institusi-institusi pengajian
tradisional malah qasidah ini turut diajar di Universiti al-Azhar, Mesir.
Imam al-Busiri yang hidup dalam
zaman transisi atau perpindahan kuasa dinasti Ayyubiyyah kepada dinastik
Mamalik Bahriyah. Pada ketika itu, pergolakan politik semakin gawat, akhlak
masyarakat merosot dan para pemerintah terlalu mengejar kemewahan. Maka dalam
suasana serba kekalutan itu, muncullah Qasidah yang dikarang oleh Imam
al-Busiri yang seakan-akan mengajak manusia kembali mencontohi kehdupan Nabi
Muhammad saw yang berasaskan uswatun hasanah yakni suri tauladan yang baik,
mengawal hawa nafsu dan kembali kepada ajaran Islam yang berasaskan al-Quran
dan Hadish.
Qasidah ini ditulis dengan indah oleh seorang ahli kaligrafi, Hasyim Muhammad al-Baghdadi didalam kitab kaligrafinya yang berjudul Qawaid al-Khat al-Arabi. Burdah yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada Ka’ab kemudiannya menjadi milik keluarga Ka’ab sehinggalah ia dibeli oleh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan dengan harga dua puluh ribu dirham. Burdah itu kemudiannya dibeli pula oleh Khalifah Abu Ja’far al-Mansur dari dinasti Abbasiyyah dengan harga empat puluh ribu dirham. Burdah itu seterusnya dipakai pada setiap kali solat hari raya oleh khalifah dan kemudiannya menjadi tradisi turun-temurun.
Qasidah ini ditulis dengan indah oleh seorang ahli kaligrafi, Hasyim Muhammad al-Baghdadi didalam kitab kaligrafinya yang berjudul Qawaid al-Khat al-Arabi. Burdah yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada Ka’ab kemudiannya menjadi milik keluarga Ka’ab sehinggalah ia dibeli oleh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan dengan harga dua puluh ribu dirham. Burdah itu kemudiannya dibeli pula oleh Khalifah Abu Ja’far al-Mansur dari dinasti Abbasiyyah dengan harga empat puluh ribu dirham. Burdah itu seterusnya dipakai pada setiap kali solat hari raya oleh khalifah dan kemudiannya menjadi tradisi turun-temurun.

Kasidah Burdah yang menjadi tema utama dalam karya al-Busiry itu adalah merujuk
kepada jubah yang dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Burdah milik Nabi Muhammad
saw ini telah diberikan kepada Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma, seorang penyair
terkenal Muhadramin (penyair dua zaman iaitu Jahiliyyah dan Islam). Riwayat
pemberian burdah oleh Rasulullah saw kepada Ka’ab bin Zuhair dimulai ketika
Ka’ab sentiasa membuat syair yang mengejek-ejek Nabi saw dan para sahabat.
Kerana rasa jiwanya terancam, ia lari bersembunyi untuk melindungi diri dari
kemarahan para sahabat. Ketika terjadi penaklukan Makkah, saudara Ka’ab yang
bernama Bujair bin Zuhair mengutus surat kepadanya yang isinya antara lain
menganjurkan Ka’ab agar pulang bertaubat dan berjumpa Rasulullah saw. Setelah
memahami isi surat itu, Ka’ab pun pulang ke rumah dan bertaubat. Ka’ab lalu
berangkat menuju ke Madinah. Menerusi Abu Bakar as-Siddiq, Ka’ab menyerahkan
diri kepada Rasulullah saw. Ka’ab mendapat penghormatan yang tinggi dari
Rasulullah saw sehingga baginda melepaskan burdahnya dan diberikan kepada
Ka’ab. Ka’ab kemudiannya menggubah sebuah qasidah yang dikenali dengan nama
Qasidah Burdah.
Kita kembali kepada kisah Imam
al-Busiri, beliau pernah dilantik menjadi pegawai tinggi dalam kementerian
percukaian di bandar Dil Bis sewaktu pemerintahan kerajaan Mamalik. Mungkin
disebabkan adanya korupsi dalam kerajaan, Imam al-Busiri mengambil keputusan
untuk meninggalkan jabatannya lalu mengasingkan diri daripada perkara-perkara
yang melibatkan dunia, kekayaan dan kuasa. Lantaran itu, beliau mendampingkan
diri dengan Abu Abbas al Mursi, iaitu anak murid utama pengasas tariqat
Syadzili, Syeikh Abu Hassan Syadzili. seperti yang disebut awal tadi, beliau
menguasai bidang sastera khususnya syair. Kehebatannya dalam bidang penulisan
menyebabkan beliau disanjung-sanjung oleh masyarakat dan pegawai kerajaan
termasuk Raja sendiri.
Namun, nikmat ini tidak kekal
lama. Imam al-Busiri tiba-tiba jatuh sakit dan diserang penyakit Syalal
(lumpuh). Mengikut catatan ahli sejarah, beliau lumpuh separuh badan.
Tabib-tabib yang terkemuka gagal mengobati penyakitnya. Dalam keadaan sakit
lumpuh dan tidak berdaya, Imam al-Busiri mengarang qasidah yang berkaitan
dengan Nabi Muhammad saw. Qasidah-qasidah ini disusun dengan begitu indah dan
diulang-ulang oleh Imam al-Busiri. Akhirnya, pada satu malam ketika Imam
al-Busiri tertidur, beliau bermimpi melagukan qasidah-qasidah yang dikarangnya
di hadapan Baginda Rasulullah saw sendiri. Rasulullah saw dalam mimpi tersebut
begitu gembira dan menyukai qasidah tersebut, lantas baginda mengusap muka Imam
al-Busiri dengan kedua-dua tangan baginda yang mulia. Rasulullah saw turut
menyentuh bahagian tubuh Imam al-Busiri yang lumpuh dan memakaikan Imam
al-Busiri dengan burdah baginda.
Begitu sadar dari mimpi tersebut,
Imam al-Busiri mendapati beliau tidak lagi lumpuh! Imam al-Busiri dengan segera
keluar dari tempatnya untuk menceritakan kisahnya kepada orang lain. Beliau
bertemu dengan seorang pemuda yang bertanya kepadanya, "Syeikh, bawakan
kepadaku qasidah-qasidah yang telah kau karang tentang Nabi SAW." Terkejut
dengan permintaan pemuda tersebut, Imam al-Busiri bertanya, "Dimanakah
anda mengetahui tentang qasidah yang kukarang? Aku tidak pernah menceritakannya
maupun melagukannya kepada sesiapapun!" Jawab pemuda tersebut, "Aku
bermimpi malam tadi bahawa Nabi SAW didendangkan dengan qasidah-qasidah yang
cukup indah yang memuji baginda. Aku lihat baginda begitu gembira dan menyukai
qasidah tersebut dan memakaikan pakaian baginda (burdah) kepada orang yang
melagukan qasidah tersebut, dan aku melihatmu dalam mimpiku!”
Sejak saat itu, Qasidah Burdah yang dikarang oleh Imam al-Busiri menjadi masyhur. Anak-anak Islam pada zaman silam diajarkan tentangnya dan menjadi nasyid harian. Malahan ramai di antara ‘ulama Islam seperti Ibnu Hajar Haithami yang menganggap harus untuk mempelajari qasidah ini bagi penuntut-penuntut ilmu Islam agar memupuk kecintaan terhadap baginda Rasulullah SAW. Selain dari Qasidah Burdah, sebuah lagi qasidah yang sangat terkenal yang dikarang oleh Imam al-Busiri ialah Qsidah Mudariyya.
Sejak saat itu, Qasidah Burdah yang dikarang oleh Imam al-Busiri menjadi masyhur. Anak-anak Islam pada zaman silam diajarkan tentangnya dan menjadi nasyid harian. Malahan ramai di antara ‘ulama Islam seperti Ibnu Hajar Haithami yang menganggap harus untuk mempelajari qasidah ini bagi penuntut-penuntut ilmu Islam agar memupuk kecintaan terhadap baginda Rasulullah SAW. Selain dari Qasidah Burdah, sebuah lagi qasidah yang sangat terkenal yang dikarang oleh Imam al-Busiri ialah Qsidah Mudariyya.
0 komentar :
Posting Komentar